CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Aku yang jelita kui3x

Aku yang jelita kui3x

Monday, June 4, 2012

MUHAMMAD ISA DAWUD

Korang kenal Penulis Mesir Muhammad Isa Dawud? Apa? Tak kenal? Habis sape penulis yang korang kenal? Naruto? Hei Naruto 2 kartunlah...kui3x...Ape dia? Fauziah Shaari penulis Ombak Rindu? Hek eleh kalo tak kerana movie 2 jangan haraplah korang kenal  penulis buku nih...baca je tau..nama penulis pun tak tau kui3x jangan marahhhh   

 Untuk makluman korang Muhammad Isa Dawud ni adalah penulis yang seringkali mencetuskan kontroversi pada setiap karyanya. Kontroversi? Dia tulis majalah porno ke? Ishhhh! Tentulah tidak...Penulisannya berkenaan kajian dalam agama disifatkan oleh pengkritik diluar jangkauan imaginasi manusia dan adakalanya sukar diterima akal. Walau bagaimanapun...aku ni peminat karya beliau. Boleh dikatakan hampir semua karya beliau aku baca...errr...ada sedikit pembetulan karya yang diterjemah ke bahasa Melayu je tapi kalo buku yang belum diterjemah 2 lainlah heh3x. Berikut di bawah adalah biodata ringkas mengenai penulis ini yang aku cedok dari Blog Ibnu Yaacob (http://ibnuyaacob.com/?page_id=185 .) sharing info ye Ibnu Yaacob...jangan mareeee....

                                                    Muka cam PM Najib jerkkk

Muhammad Isa Dawud dilahirkan pada 1957 di Ismai’iliyah, Mesir dan mendapat pendidikan di Kaherah sehingga peringkat Ijazah peringkat Sarjana di Universiti Kaherah. Beliau juga meraih gelaran Lc di bidang sastera dari fakulti Bahasa dan Pengajian Timur, Universiti Kaherah. Muhammad Isa Dawud memulakan kariernya di surat khabar Al-Akhbar danAkhbar Al-Yawm sebagai pengarang dan editor disamping menjalankan juga kerja-kerja dakwah. Selepas itu, beliau beralih pula surat khabar An-NadwahSaudi Arabia.

Nama beliau terus meningkat selepas itu sehingga dilantik pula sebagai Pengarah Umum surat khabar harian di Arab Saudi, sekali gus merangkap Wakil Pimpinan Redaksi untuk kolum Pemikiran dan Kebudayaan Islam.Beliau juga mengetuai bahagian Rujukan dan Pembetulan disamping bekerja sebagai penasihat bidang maklumat khusus untuk Ketua Pusat Informasi di Makkah Al-Mukarramah.


                            Antara karya beliau yang feymes...aku dah baca tau buku ni

Muhammad Isa Dawud telah menulis ratusan makalah dan berbagai kajian dalam bidang agama, sastera, bahasa, sosial dan politik yang dimuatkan di pelbagai akhbar dan majalah Arab Saudi dan Mesir. Beliau kini adlaah anggota Persatuan Wartawan Mesir dan juga Press International Organization.Ketika ini beliau sibuk memberi ceramah ilmiah, pemikiran dan kebudayaan dan menerbitkan beberapa karya di Mesir.
(sumber: buku “Dialog Dengan Jin Islam”, 1997)
Menurut Muhammad Isa Dawud, antara guru-gurunya ialah
§ Prof. Dr. Yahya Hasanain (Profesor Bahasa Ibrani di Akademi Tentera Baghdad, Iraq)
§ Prof. Dr. Muhammad Khalifah (bidang peradaban dan sastera bangsa Semitik)
§ Prof. Dr. Abdul Halim Nuruddin (Dekan Fakulti Purbakala, Universiti Kaherah & Fayyum, Mesir)
§ lain-lain gurunya yang disebut ialah Prof Dr. Faruq Dasuki, Prof. Dr. Ahmad Hijazi as-Saqa, Syeikh al-Arif Billah Muhammad Abu Zahra, Syeikh Abdul Halim Mahmud, Ir. Ahmad Abdul Wahab dan Syeikh Ahmad Deedat.

Satu ungkapan yang menarik yang dinyatakan beliau ialah ” ….saya mempunyai pengetahuan tersendiri tentang kewujudan ad-Dajjal di Bermuda. Dia adalah pencipta piring terbang.Ungkapan di atas, kami andaikan suatu bentuk “penegasan” maklumat yang bukan main-main. Kami percaya ada maklumat lain tentang Dajjal yang diketahui oleh Muhammad Isa Dawud tetapi tidak dinyatakan penuh di dalam buku.

Kemungkinan pendedahan secara total hanya membuatkan orang awam bersalah-sangka dan kemungkinan membahayakan nyawanya sendiri. Apabila beliau memberitahu dengan yakin bahawa Dajjal adalah pencipta piring terbang, maka kami mengambil jalan untuk mempercayainya kerana buku karangannya tersebar ke seluruh dunia.

Sudah pasti beliau sendiri sudah bersedia untuk berdebat dengan orang ramai yang mengengkari “penegasan” beliau tentang Dajjal. Dengan umurnya kini (tahun 2009) yang sudah pun mencecah 57 tahun, sudah pasti banyak fakta-fakta yang tersedia di dalam pemikirannya.

Bagaimana? Menarik tak? Kalau tertarik silalah bawa duit dan rajin2lah menjenguk ke kedai buku kat Malaysia nih. Adakalanya kena ubah stail bacaan sambil2x tambah ilmu. Sekiannnnnn



3 comments:

p'Cu

https://www.kompasiana.com/agungwebe/5d00369f0d8230784450f774/salahkah-mereka-yang-mengambil-referensi-dajjal-dari-bukunya-muhammad-isa-dawud?page=all

rodeo280

Terbaik.. aku baca tahun 1998 ..naskah edisi pertama dajjal akan muncul.....jumpa di rumah kongsi yg telah ditinggalkan .. say no to vaksin

Ridzuan139
This comment has been removed by the author.

Post a Comment