CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Aku yang jelita kui3x

Aku yang jelita kui3x

Saturday, February 4, 2012

AKU DAN PENDIRIAN AKU

Seseorang berhujah pd aku..ape susah kalau parti B ni tak ok kita tukar jelah Parti C..Aku diam..Kemudian rusuhan berlaku di Mesir...kita patut jadi mcm diaorg berani utk menegakkan keadilan. Aku diam juga sambil teringat pergaduhan antara penyokong Al-Masry dan Al-Hay hanya kerana sebiji bola...Dan bola itu dijadikan umpan utk mewujudkan rusuhan...Aku teringat hasni mubarak telah dijatuhkan tetapi Mesir tetap begitu juga. Aku teringat Hasan Al-Banna..pemimpin ikhwanul muslimin..masih adakah pemimpin seperti dia di Mesir? Aku membaca betapa bersungguh-sungguhnya Bashar Al-Assad memberitahu pergolakan yg berlaku di negaranya semua angkara barat...Aku melihat org di depanku bersungguh-sungguh ingin aku menerima pendapatnya tanpa memberikan peluang pada aku untuk menyatakan pendirian...Aku berfikir adakah aku bersedia menerima perubahan wpun aku tahu parti B ini di mataku bakal mewujudkan sisi gelap yg lebih gelap dari itu? Aku teringat betapa kedaifan org melayu di negeri yg aku tak perlu nyatakan di mana dan kesedaran mereka betapa mereka terhimpit dan seolah-olah ditolak jauh ke seberang? Aku tertanya-tanya pula apakah kualiti Islam yg ada pada pemimpin parti B? Adakah aku bersedia? Lantas aku memberitahunya..Kalau ko merasakan begitu teruskanlah tetapi jangan sekali-kali ko memaksa aku menerima pendapatmu. Aku menghormati pendirianmu tetapi kamu haruslah menghormati pendirianku...biarkanlah perubahan itu berlaku dlm suasana yg aman dan harmoni..tetapi jangan sekali-kali ko samakan perubahan itu seperti berlaku di negara yg ko sebutkan dan semoga tidak ada darah membasahi tanah air tercinta ini dengan kekerasan dan air mata...jika itu yg ko mahu jangan menyesal seandainya impian yg ko dambakan memusnahkan kehidupan yang lain...berfikir sebelum berkata-kata...