CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Aku yang jelita kui3x

Aku yang jelita kui3x

Monday, June 4, 2012

MUHAMMAD ISA DAWUD

Korang kenal Penulis Mesir Muhammad Isa Dawud? Apa? Tak kenal? Habis sape penulis yang korang kenal? Naruto? Hei Naruto 2 kartunlah...kui3x...Ape dia? Fauziah Shaari penulis Ombak Rindu? Hek eleh kalo tak kerana movie 2 jangan haraplah korang kenal  penulis buku nih...baca je tau..nama penulis pun tak tau kui3x jangan marahhhh   

 Untuk makluman korang Muhammad Isa Dawud ni adalah penulis yang seringkali mencetuskan kontroversi pada setiap karyanya. Kontroversi? Dia tulis majalah porno ke? Ishhhh! Tentulah tidak...Penulisannya berkenaan kajian dalam agama disifatkan oleh pengkritik diluar jangkauan imaginasi manusia dan adakalanya sukar diterima akal. Walau bagaimanapun...aku ni peminat karya beliau. Boleh dikatakan hampir semua karya beliau aku baca...errr...ada sedikit pembetulan karya yang diterjemah ke bahasa Melayu je tapi kalo buku yang belum diterjemah 2 lainlah heh3x. Berikut di bawah adalah biodata ringkas mengenai penulis ini yang aku cedok dari Blog Ibnu Yaacob (http://ibnuyaacob.com/?page_id=185 .) sharing info ye Ibnu Yaacob...jangan mareeee....

                                                    Muka cam PM Najib jerkkk

Muhammad Isa Dawud dilahirkan pada 1957 di Ismai’iliyah, Mesir dan mendapat pendidikan di Kaherah sehingga peringkat Ijazah peringkat Sarjana di Universiti Kaherah. Beliau juga meraih gelaran Lc di bidang sastera dari fakulti Bahasa dan Pengajian Timur, Universiti Kaherah. Muhammad Isa Dawud memulakan kariernya di surat khabar Al-Akhbar danAkhbar Al-Yawm sebagai pengarang dan editor disamping menjalankan juga kerja-kerja dakwah. Selepas itu, beliau beralih pula surat khabar An-NadwahSaudi Arabia.

Nama beliau terus meningkat selepas itu sehingga dilantik pula sebagai Pengarah Umum surat khabar harian di Arab Saudi, sekali gus merangkap Wakil Pimpinan Redaksi untuk kolum Pemikiran dan Kebudayaan Islam.Beliau juga mengetuai bahagian Rujukan dan Pembetulan disamping bekerja sebagai penasihat bidang maklumat khusus untuk Ketua Pusat Informasi di Makkah Al-Mukarramah.


                            Antara karya beliau yang feymes...aku dah baca tau buku ni

Muhammad Isa Dawud telah menulis ratusan makalah dan berbagai kajian dalam bidang agama, sastera, bahasa, sosial dan politik yang dimuatkan di pelbagai akhbar dan majalah Arab Saudi dan Mesir. Beliau kini adlaah anggota Persatuan Wartawan Mesir dan juga Press International Organization.Ketika ini beliau sibuk memberi ceramah ilmiah, pemikiran dan kebudayaan dan menerbitkan beberapa karya di Mesir.
(sumber: buku “Dialog Dengan Jin Islam”, 1997)
Menurut Muhammad Isa Dawud, antara guru-gurunya ialah
§ Prof. Dr. Yahya Hasanain (Profesor Bahasa Ibrani di Akademi Tentera Baghdad, Iraq)
§ Prof. Dr. Muhammad Khalifah (bidang peradaban dan sastera bangsa Semitik)
§ Prof. Dr. Abdul Halim Nuruddin (Dekan Fakulti Purbakala, Universiti Kaherah & Fayyum, Mesir)
§ lain-lain gurunya yang disebut ialah Prof Dr. Faruq Dasuki, Prof. Dr. Ahmad Hijazi as-Saqa, Syeikh al-Arif Billah Muhammad Abu Zahra, Syeikh Abdul Halim Mahmud, Ir. Ahmad Abdul Wahab dan Syeikh Ahmad Deedat.

Satu ungkapan yang menarik yang dinyatakan beliau ialah ” ….saya mempunyai pengetahuan tersendiri tentang kewujudan ad-Dajjal di Bermuda. Dia adalah pencipta piring terbang.Ungkapan di atas, kami andaikan suatu bentuk “penegasan” maklumat yang bukan main-main. Kami percaya ada maklumat lain tentang Dajjal yang diketahui oleh Muhammad Isa Dawud tetapi tidak dinyatakan penuh di dalam buku.

Kemungkinan pendedahan secara total hanya membuatkan orang awam bersalah-sangka dan kemungkinan membahayakan nyawanya sendiri. Apabila beliau memberitahu dengan yakin bahawa Dajjal adalah pencipta piring terbang, maka kami mengambil jalan untuk mempercayainya kerana buku karangannya tersebar ke seluruh dunia.

Sudah pasti beliau sendiri sudah bersedia untuk berdebat dengan orang ramai yang mengengkari “penegasan” beliau tentang Dajjal. Dengan umurnya kini (tahun 2009) yang sudah pun mencecah 57 tahun, sudah pasti banyak fakta-fakta yang tersedia di dalam pemikirannya.

Bagaimana? Menarik tak? Kalau tertarik silalah bawa duit dan rajin2lah menjenguk ke kedai buku kat Malaysia nih. Adakalanya kena ubah stail bacaan sambil2x tambah ilmu. Sekiannnnnn



Saturday, June 2, 2012

TAK BOLEH TIDO MALAM

Penyakit susah nak tidur memang meletihkan aku. Aku dah puas cuba macam2x cara utk tido dan selalunya gagal. Aku pernah menyatakan masalah aku ni dalam main blog aku http://zarinanaruto.blogspot.com/?view=flipcard tapi time 2 aku tak rase serius lagi. Tapi kali condition aku dah makin teruk. Aku tengok tv, dengar music, melukis, menconteng, ganggu laki aku tido dan macam2x lagilah dan kesudahannya mata aku masih terkebil-kebil pandang sana sini. Bila dah takleh tido ni mulalah aku berfikir yang bukan2x. Segala macam cite hantu yang aku dah tengok cam twilight zone, jeeper creepers, paranormal activity dan entah ape lagi automatik terpapar kat mata aku nih..ishhh! jauhkanlah! Sebelum ni bukan aku tak pernah berjaga malam tapi kali ni memang teruk. Sampai 1 tahap 3 hari aku tak pernah tido. Tapi Syukur pada Allah kerana so far kesihatan aku masih lagi baik.

                                           

Woman ith her head under her pillow trying to sleep Stock Photo - 5275973

                             camnilah gaya aku takleh tido...tapi aku lebih cantik dari pompuan nih kui3x

colorful tablets and capsules in glass container Stock Photo - 9262771
                                                                   makan ubat tido? terpikir gak...

Memandangkan aku takleh tido so aku pun cubalah mengkaji fenomena tak boleh lelap di Googlelah mana lagi. Aku click di website nih http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmedhealth/PMH0001808/ dan aku amati aku memang ada simptom2x penyakit yang disebut ISOMNIA. Halamak! Kalo ikut website ni penyakit ni ade level gak. Kalo dah kronik ni leh dapat penyakit jiwa (ini assumption aku le...korang kene refer kat doc bukan kat aku heh3x). Bila dah susah sgt nak tido nih aku pun tengoklah perfomace funds yang aku pilih tuk client aku. Hu3x naseb bek cust aku still dpt untung...kalo rugi campur ngan penyakit mereng akibat takleh tido nih..mau aku kene campak ke hospital gila kui3x...hish! ke situ plak melalut aku nih. Oklah sampai sini sajalah..aku nak cuba tido dulu..kalo takleh gak aku kaco laki aku kui3x